Welcome Home 3 Skuadron Members

My photo
This Blogspot is Non-Official Website Of No 3 Skuadron.

Friday, April 30, 2010

Sejarah No 3 Skuadron

Sejarah penubuhan No 3 skuadron bermula pada Ogos 1963 dengan 8 pesawat Allouette Mk III yang tiba di Kuala Lumpur dari Perancis. Ketibaan Pesawat ini telah disambut oleh Menteri Pertahanan Ketika itu Tun Abdul Razak.

Namun begitu, secara rasminya No 3 Skuadron telah di tubuhkan pada 01 Jan 1964 yang berpangkalan di TUDM Kuala Lumpur. Ketua Skuadron yang pertama ialah Sqn Ldr GH Dood bersama juruterbang-juruterbang dari RAF yang ditumpangkan ke skuadron ini. Mereka ialah Flt Lt Jimmy Hughes, Flt Lt Tonny Railey dan Flt Lt Ron Hopper. Pada Mac 1964, 4 lagi juruterbang RAF telah ditumpangkan di No 3 Skuadron.

Anak watan pertama yang melakar sejarah menyertai skuadron ini ialah Flt Lt Mohd Ngah bin Said dan Flying Officer Lim Then Siew pada 29 Jun 1964. Pada Ogos 1964 juga 2 orang lagi anak watan telah tamat kursus yang diadakan di Kuala Lumpur iaitu Pilot Officer Chuah Ban Hin dan Pilot Office Benjamin Lee Kiong. Pada Tahun 1964 juga 4 orang juruterbang yang menjalani latihan di Perancis telah tamat latihan iaitu Pilot Officer Abdul kader, Pilot Officer Abdul Ghani Aziz, Pilot Officer Terry Loh dan Pilot Officer Derek Martin.

Pada tahun 1966, Detasmen Butterworth telah ditubuhkan dengan 3 buah pesawat Alloutte dan 3 juruterbang untuk menghadapi ancaman komunis di sempadan utara semenajung. Pada Januari 1970, No 3 Skuadron telah di pindahkan dari TUDM Kuala Lumpur ke TUDM Butterwoth. TUDM Kuala Lumpur pula telah dijadikan Skuadron Detasmen. Pada masa itu juga pesawat Nuri telah di tumpangkan ke No 3 Skuadron dan No 10 Skuadron di TUDM Kuantan.

Pada Februari 1977, ”Composit Squadron” 3 telah ditubuhkan. Dengan itu, No 3 Skuadron mempunyai 4 buah pesawat Nuri dan 9 buah pesawat Allouette. Pada April 1978, No 3 Skuadron telah mula menjalankan tugas ”Close Air Support” seperti dalam Operasi Selamat-Sawasdee, Operasi sedar Gubir, Operasi Setia, Operasi Ukor, Operasi Bamboo, Operasi sedar Gubir E/F.

Pada 01 Januari 1979, pentadbiran penyelia pesawat No 3 Skuadron berada di bawah pentadbiran No 3 Skuaron sepenuhnya. Pada ketika itu, No 3 Skuadron mempunyai 12 buah pesawat Nuri, 7 buah Alloutte, 48 juuterbang, 29 Kuartemaster Udara, 3 Pegawai Kejurutean an 147 anggota lain-lain pangkat.

Pada tahun 1984, SAR Butterwoth telah mengambil alih tugas daripada RAAF dan menyambut Jubli Perak sempena penubuhan No 3 Suadron 01 januari 1988. Pada September 1993, No 3 Skuadron telah dijadikan Skuadron SAR sepenuhnya. Pada 01 Januari 1995, PLTT Heli Kluang telah berpindah ke TUDM Butterworth dan diletakkan di bawah pentadbiran No 3 Skuadron bersama 2 buah pesawat Nuri. Pada 08 Julai 1995, No 3 Skuadron telah di anugerahkan panji-panji DiRaja Skuadron oleh Kolonel Yang DiPertua TUDM iaitu DYMM Sultan Haji Ahmad Shah. Penerima panji-panji tersebut ialah Lt M Zaili bin Othman TUDM.

Pada 23 Julai 1997, 2 x pesawat Nuri di terbangkan merentasi Laut China Selatan ke No 5 Skuadron, Labuan untuk menggantikan 2 pesawat yang terhempas. Pesawat-pesawat itu ialah M23-31 dan M23-32.

Pada Mac 1998, tugas memadamkan api dari udara telah di pertanggungjawabkan kepada skuadron ini dengan menggunakan”Bambi Bucket”. Kawasan utama operasi ialah di Pekan, Kuantan, Cameron Highland dan Sepang.

Pada bulan Disember pula skuadron telah terlibat secara langsung dengan bantuan kemanusiaan di Banda Acheh, Indonesia berikutan kejadian gempa bumi dan ombak besar (Tsunami) yang melanda beberapa tempat di Asia Tenggara pada 26 Dis 2004. Bantuan tersebut diteruskan sehingga bulan Mac 2005. pada bulan Feb 2005, sekali lagi skuadron telah terlibat dalam tugas memadam api di kawasan hutan simpan Gunung Kenderong, Perak.